Thursday 9 February 2017

KEJOHANAN SUKAN 2017

Alhamdulillah... Kejohanan padang dan balapan telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada
8 Februari 2017 ( Rabu.) Walaupun dijalankan secara sederhana, semangat kesukanan yang dipamerkan oleh para murid amat luar biasa.Banyak kejutan dan rekod baru yang dicipta pada kejohanan kali ini. Para guru pula kelihatan ceria dengan pakaian baju warna sedondon.
Olahragawan dimenangi oleh Aisy Muhaimin bin Bahador manakala olahragawati dimenangi oleh Anis Shazrinaz bt Ishak. Rumah Tuah telah menjadi juara keseluruhan tahun ini.
Majulah sukan untuk negara.
STARIAN BOLEH!!!











PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017

Program kolaborasi antara KPM dan PDRM ini telah dijayakan dengan bacaan perutusan dari Ketua Polis Negara oleh Sarjan Zulkarnain b Nor, Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Yan dan bacaan perutusan dari YB Menteri Pendidikan oleh Tn Hj Ahmad Shukri b Abas, PKP mewakili Tuan Guru Besar. Program ini dilancarkan serentak di seluruh negara pada 5 Februari 2017, Ahad.  Harapan agar kes ponteng sekolah dan masalah disiplin yang lain dapat dikurangkan pada tahun 2017.


MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA DAN PENOLONG KETUA DARJAH 2017

Tanggal 8 Januari 2017,Ahad,majlis pentauliahan pemimpin muda telah dirasmikan oleh Sarjan Zulkarnain b Nor, Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Dungun. Majlis dijalankan di kantin sekolah.
Moga para pemimpin muda ini dapat menjalankan tugas dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah.





Thursday 4 February 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2016

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SKKS kerana telah berjaya menjayakan kejohanan  balapan dan padang pada tahun ini. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi dengan perarakan masuk kontinjen dan lintas hormat di hadapan Tuan Guru Besar, En. Shaidin bin Md Saman dan barisan pendidik SKKS. Kejohanan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan bacaan ikrar kejohanan.
En. Shaidin bin Md Saman, Guru Besar SKKS kemudiannya telah merasmikan kejohanan pada tahun ini. Acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah acara larian 80 meter lelaki dan perempuan untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2, acara larian 100 meter untuk Tahun 3,4,5 dan 6,acara sukaneka prasekolah,acara lompat jauh,lompat tinggi dan lontar peluru.

Rumah Tuah telah mengungguli kejohanan balapan dan padang pada tahun ini. Naib Johan pula disandang Rumah Kasturi manakala Rumah Jebat menduduki tempat ketiga.
Walaupun diadakan secara sederhana,kejohanan pada tahun ini tetap meriah dengan telatah dan karenah para peserta.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
GO...GO...STARIAN









Sunday 31 January 2016

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 2016

Alhamdulillah.... tanggal 31 Januari 2016,hari Ahad, semua pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah,ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi 2016 telah ditauliahkan dalam majlis perhimpunan rasmi. Majlis pentauliahan telah disempurnakan oleh En. Shaidin bin Md Saman, 
Guru Besar SK Kampong Setar.
Program ini merupakan salah satu daripada program yang terdapat di dalam Unit HEM yang diketuai oleh PK HEM, En. Sirozi b Mohd Noh.
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas sekolah,pengawas pusat sumber,ketua kelas dan penolong ketua kelas supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
Inshaa allah....kem kepimpinan pula akan menyusul selepas ini.

Thursday 7 January 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437 H /2016 PERINGKAT SEKOLAH









Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada tanggal 7 Januari 2016,hari Khamis, bersamaan 26 Rabiul Awal 1437 Hijrah bertempat di kantin SK Kampong Setar.Majlis sambutan pada tahun ini dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad
(PK Kokurikulum) bermula jam 7.30 pagi. Majlis sambutan diteruskan dengan persembahan Qasidah oleh pelajar Maahad Tahfiz Al-Fityah, Kampong Setar.Ini disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh ustaz dari tahfiz berkenaan. Majlis sambutan yang begitu ringkas tapi penuh bermakna ini diakhiri dengan persembahan nasyid Yaa Hanana yang begitu syahdu dan menusuk kalbu.

Monday 4 January 2016

SIRIH PULANG KE GAGANG....

Pihak pengurusan dan warga SK Kampong Setar mengalu-alukan kehadiran dua orang warga pendidik yang baharu. Kedua-dua warga pendidik berkenaan memulakan tugas di sekolah ini berkuatkuasa 1 Januari 2016 yang lalu.

Pn. Laila bt Abu Bakar,guru Bahasa Arab, bertukar dari Selangor kembali ke negeri Jelapang Padi setelah sekian lama berkhidmat di perantauan.

En. Farihan bin Nazri@ ABAH, guru Bahasa Inggeris pula bertukar dari SK Bukit Besi,Dungun,Terengganu Darul Iman kembali ke negeri kelahiran setelah 15 tahun berkhidmat di perantauan.


Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik negeri sendiri.

Ibarat sirih pulang ke gagang.


Pihak sekolah berharap agar kedua-dua warga pendidik ini dapat bersama-sama berganding bahu ke arah kecemerlangan Starian.